Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sony Mungkin Berkongsi Mengenai PlayStation 4 Yang Dinaik-Taraf Pada Bulan Hadapan

Sony Mungkin Berkongsi Mengenai PlayStation 4 Yang Dinaik-Taraf Pada Bulan Hadapan

Sony telah diperkatakan akan hadir dengan Konsol PlayStation 4 yang dinaik-taraf beberapa kali sebelum ini. Mengikut laporan terbaru, Sony dijangka memperkenalkannya pada awal bulan September kelak.

Sony dilihat akan berkongsi lebih kepada bahagian teknikal konsol berkenaan – terutamanya dari segi kemampuan grafik terlebih dahulu, dan ia mungkin akan mengambil sedikit masa sebelum ia ditawarkan kepada pengguna.

Mengikut desas-desus sebelum ini, Sony dikatakan akan hadir dengan konsol yang mampu memainkan permainan pada resolusi sehingga 4K – berbanding hanya 1080p pada masa kini. Berkongsi mengenainya sebelum ini, Sony telah mengatakan mereka akan menjual kedua-dua variasi konsol mereka, dan semua permainan akan menyokong konsol sedia ada, dan penerbit perlu menambah sokongan untuk konsol baru ini kelak.

Sekiranya benar laporan baru ini, maka kita akan mengetahui lanjut mengenai ciri-ciri teknikal yang dibawakan oleh PlayStation 4K ini pada awal bulan hadapan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Sony Mungkin Berkongsi Mengenai PlayStation 4 Yang Dinaik-Taraf Pada Bulan Hadapan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×