Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sonic Blocks – Sistem Pembesar Suara Dengan Rekaan Modular

Peranti modular dijangka menjadi rekaan pilihan di masa hadapan. Tetapi dari apa yang kami lihat tahun ini, jangkaan ini mungkin ternyata meleset. Dua peranti modular LG G5 dan Lenovo Moto Z tidak mendapat sambutan sehangat yang disangka. Malahan di dalam kes LG G5 rekaan modular yang digunakan tidak berapa kemas dan menjadi penyebab jualan yang mengecewakan. Rekaan modular tidak terhad kepada peranti. Beg galas modular misalnya pernah kami paparkan sebelum ini. Hari ini tiba giliran Sonic Blocks dan ianya sistem pembesar suara dengan rekaan modular.

Melalui Sonic Blocks pemilik boleh menambah jumlah pembesar suara mengikut keperluan. Terdapat modul untuk pembesar suara, tweeter dan bass yang boleh dipasang pada bongkah asas. Penyambungan adalah seperti Lego dan tiada had maksimum modul boleh dipasang. Pembesar suara ini berhubung antara satu sama lain menggunakan teknologi Bluetooth dan Wifi. Bateri yang disertakan turut membolehkannya berfungsi tanpa sambungan wayar sehingga 17 jam. Sonic Blocks masih mengumpul dana menerusi Indiegogo untuk penghasilan secara besar-besaran dan boleh ditempah pada harga bermula $199 (~RM 802).



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Sonic Blocks – Sistem Pembesar Suara Dengan Rekaan Modular

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×