Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Rekaan Gear VR Baru Untuk Samsung Galaxy Note 7 tertiris

Gear VR ialah peranti realiti maya yang paling popular di dunia dengan lebih sejuta pengguna aktif setiap bulan. Ini besar kemungkinan kerana Samsung menyertakannya dengan pembelian S7 dan S7 Edge di beberapa pasaran. Sempena pelancaran Galaxy Note 7 dalam masa beberapa hari, mereka nampaknya menghasilkan model Baru untuk phablet ini. Rekaan Gear VR baru ini sudahpun tertiris.

Rekaan luaran tidak menunjukkan perubahan yang ketara cuma ia kini berwarna hitam. Turut dilaporkan Gear VR mempunyai sudut pandangan 110 darjah berbanding 96 darjah sebelum ini. Sambungan USB-C disokong kerana penggunaannya pada Note 7. Dari segi saiz ia juga sedikit besar dengan ukuran 207x 122 x 98.5 mm .Gear VR terdahulu mempunyai ukuran198 x 116 x 90mm. Akhir sekali terdapat penyesuai sambungan MikroUSB bagi membolehkannya digunakan dengan Galaxy S6, Note 5 dan S7.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Rekaan Gear VR Baru Untuk Samsung Galaxy Note 7 tertiris

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×