Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Laman Gantian Kick Ass Torrent Pula Diburu Studio Filem

Laman torrent popular dunia Kick Ass Torrent menghentikan operasi secara mengejut selepas pemiliknya Artem Vaulin (30) berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa. Beliau ditangkap di Poland dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan sebelum menanti untuk diekstradisi ke Amerika Syarikat bagi menerima hukuman. Seperti raksasa legenda Hydra, apabila satu kepala dipenggal dua lagi akan muncul. Beberapa hari selepas KAT berhenti operasi muncul beberapa laman ganti yang memaparkan kandungan KAT asal.

Kick-Ass-Torrent-Seized

Kewujudan Laman Gantian KAT ini sudahpun diketahui oleh studio filem yang memegang hak milik intelektual filem-filem yang dikongsi secara haram. Beberapa pengusaha laman gantian seperti KAT.am mula menerima surat dari MPAA (Persatuan Filem Gambar Amerika) untuk menghentikan operasi dalam masa 24 jam. Walaubagaimanapun mereka enggan mengikuti arahan yang diberikan dan akan terus menjalankan operasi seperti biasa.

Di dalam perkembangan yang sama Artem Vaulin dilaporkan menggunakan khidmat guaman dari Ira Rothken. Beliau adalah peguam yang turut mewakili Kim Dot Com untuk menentang  pertuduhan dari pihak MPAA. Ira Rothken percaya beliau boleh melepaskan anak guam beliau dari sebarang kesalahan kerana KAT hanya laman yang berkongsi pautan torrent dan bukannya fail filem yang dicuri. Menurut pandangan beliau sekiranya pautan adalah melanggar hak pemilik harta intelektual, pemilik enjin carian seperti Google juga perlu menghentikan operasi mereka.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Laman Gantian Kick Ass Torrent Pula Diburu Studio Filem

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×