Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sharp Basio 2 – Telefon Pintar Dengan Butang Panggilan Telefon Fizikal

Kali terakhir kami menggunakan peranti dengan Butang Panggilan Telefon fizikal adalah sekitar tujuh tahun yang lalu. Sejak berpindah ke peranti pintar dengan skrin sesentuh, keperluan untuk butang khas seperti pada feature phone adalah rendah. Tetapi di Sharp mereka merasakan rekaan retro masih harus dikembalikan. Hasilnya ialah Sharp Basio 2, sebuah peranti Android 6.0 dengan butang panggilan telefon, home dan email fizikal pada bahagian dagu.

Sharp-Basio-2-3

Ia turut dilengkapi skrin 5″ IGZO 720P, pemproses Snapdragon 617, RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Kamera utama sebesar 13 Megapixel terletak pada bahagian belakang dengan penutup dan butang kamera khas. Ia turut mempunyai tahap ketahanan IP58 serta bateri sebesar 2810 mAh. Terdapat tiga pilihan warna iaitu biru, putih dan merah. Harga jualan tidak diketahui buat masa ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Sharp Basio 2 – Telefon Pintar Dengan Butang Panggilan Telefon Fizikal

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×