Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Aladdin Street – Laman E-Dagang Produk Halal Daripada Angkasawan Negara Mula Beroperasi

Pada awal tahun ini, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Telah mengumumkan penyertaan beliau dalam arena internet melalui sebuah laman e-dagang yang memfokuskan kepada Produk halal. Ia diberikan nama Aladdin Street, dan dilihat beroperasi sebagai sebuah marketplace yang membolehkan penjual lain menggunakannya dalam penawaran produk-produk mereka.

Terkini, selepas beberapa bulan diumumkan, perkhidmatan Aladdin Street dilihat telah beroperasi, dan sejumlah produk mula ditawarkan melaluinya. Aladdin tidak hanya menawarkan produk makanan halal sahaja, sebaliknya turut menawarkan pelbagai produk lain – termasuk barangan elektronik.

Pengguna sudah boleh melakukan pembelian menggunakannya di web, ataupun melalui aplikasi mudah-alih di Android atau iPhone. Buat masa ini, kami masih belum cuba melakukan pembelian menggunakannya.

Ketika pengenalannya tempoh hari, Dr Sheikh Muszaphar telah mengatakan mereka ingin menjadi sebesar Amazon, dan ingin beroperasi di lebih kurang 30 buah negara. Selain di Malaysia, hari ini mereka turut Telah Mengumumkan akan mula beroperasi di Singapura tidak lama lagi.

Bagi anda yang aktif membeli-belah di arena online, anda mungkin boleh menyemak laman Aladdin Street ini, dan membandingkannya sama ada anda boleh mendapatkan produk pada harga lebih rendah berbanding laman lain.

Muat-Turun Aladdin Street untuk Android

Muat-Turun Aladdin Street untuk iPhone

Layari : Aladdin Street



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Aladdin Street – Laman E-Dagang Produk Halal Daripada Angkasawan Negara Mula Beroperasi

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×