Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apple macOS Sierra Beta Dan iOS 10 Beta Kini Sedia Untuk Diuji Ramai

Bagi anda yang menggunakan komputer riba Mac Daripada Apple, ataupun peranti mudah-alih daripada Apple seperti iPad, iPhone dan iPod Touch – anda kini sudah boleh mencuba sistem operasi generasi Baru daripada Apple dalam bentuk beta, sebelum ia diperkenalkan dalam bentuk stabil akhir sekitar bulan September atau Oktober kelak.

Apple Macos Sierra menawarkan sejumlah Fungsi Baru, termasuk kemaskini sedikit pada antaramuka, dan juga fungsi baru yang dinantikan ramai iaitu Siri pada Mac. macOS Sierra juga dilengkapi fungsi baru seperti kebolehan mengosongkan ruangan storan secara automatik, fungsi Universal Clipboard dan Tabs untuk multi-tasking.

Baca : Fungsi Baru Pada macOS Sierra

Apple iOS 10 pula menawarkan kemaskini pada skrin kunci utama, disamping menawarkan ciri-ciri lebih pintar melalui Siri dan integrasi aplikasi lain didala Siri. iOS 10 juga akan menawarkan kemudahan menyembunyikan aplikasi yang tidak dikehendaki, mengubah audio-ke-teks ketika panggilan, iMessage yang diberikan nafas baru, dan beberapa fungsi baru lain.

Baca : Fungsi Baru Pada iOS 10

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba versi beta untuk macOS Sierra dan juga iOS 10 hari ini. Tetapi, seperti biasa, mungkin ia tidak begitu stabil sepenuhnya memandangkan dalam fasa beta lagi – dan mungkin terdapat beberapa masalah pepijat yang masih belum dikenal-pasti lagi buat masa ini.

Sertai Program Apple Beta



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Apple macOS Sierra Beta Dan iOS 10 Beta Kini Sedia Untuk Diuji Ramai

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×