Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tayar Liddiard Membolehkan Kereta Bergerak Mengiring Seperti Ketam

Meletakkan kenderaan secara selari ialah antara yang paling sukar ketika mengambil ujian memandu. Kami hampir gagal ujian ini dua dekad yang lalu kerana stereng Kereta ujian yang lebih keras dari yang sering dipandu di sekolah memandu. Sehingga sekarang sekiranya diberikan pilihan tempat Letak Kereta Selari dan sisi, kami akan memilih pilihan kedua.

William Liddiard seorang pencipta dari Kanada berjaya menghasilkan Liddiard Wheels. Tayar ini unik kerana membolehkan kereta anda bergerak secara mengiring seperti ketam. Kepada yang phobia dengan tempat letak kereta selari ini ialah tayar yang memudahkan proses parkir. Selain bergerak secara mengiring, tayar ini membolehkan kenderaan berputar 360 darjah dengan mudah. Buat masa ini tayar Liddard masih di peringkat prototaip dan memohon paten. William Liddiard masih mencari pelabur bagi menjadikan ciptaan beliau ini sebuah produk yang boleh dibeli secara komersial.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Tayar Liddiard Membolehkan Kereta Bergerak Mengiring Seperti Ketam

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×