Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Rekaan Dan Spesifikasi Honor 8 Diperlihatkan – Dwi-Kamera Di Belakang

Setiap peranti yang dilancarkan, kebiasaannya akan melalui proses pengesahan badan berkuasa di sesebuah negara terlebih dahulu. Terkini, Honor dengan persiapan untuk pelancaran Honor 8, telah pun kini menerima pengesahan daripada badan berkuasa di China – sekaligus memperlihatkan rekaan yang dibawakan olehnya.

Daripada rekaan yang diperlihatkan, Honor 8 dilihat lebih cantik berbanding dengan peranti mereka sebelum ini – dan pada masa yang sama membawakan penggunaan dwi-kamera Pada Bahagian Belakang. Pengimbas cap jari juga turut disertakan pada bahagian belakang.

Honor 8 Tenaa

Dari segi spesifikasi yang menerima pengesahan, Honor 8 dilihat dilengkapi skrin 5.2-inci dengan paparan 1080p, menggunakan cip pemprosesan Kirin 950, memori sehingga 4GB RAM, dan ruangan storan bermula 32GB. Pada bahagian belakang, ia membawakan kamera 12-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.

Buat masa ini, ia Tidak Diketahui Lagi sama ada dwi-kamera pada bahagian belakang akan berfungsi seumpama Huawei P9 yang merakamkan warna dengan lebih baik, ataupun digunakan seumpama pada Honor 6 Plus sebelum ini.

Tarikh pelancaran peranti ini masih tidak diketahui lagi, tetapi dijangka sekitar minggu hadapan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Rekaan Dan Spesifikasi Honor 8 Diperlihatkan – Dwi-Kamera Di Belakang

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×