Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Asus Zenfone 3 Dijangka Hadir Ke Pasaran Malaysia Sekitar Bulan Ogos 2016

Asus hari ini telah memperkenalkan sejumlah produk baru bersempena dengan Computex 2016 – termasuk keluarga telefon pintar baru, Zenfone 3. Sebanyak tiga model telah diperkenalkan dibawahnya, iaitu Zenfone 3, Zenfone 3 Deluxe dan juga Zenfone 3 Ultra.

Berkongsi mengenainya, Pihak Asus Malaysia menyasarkan untuk memasarkan ketiga-tiga telefon pintar dibawah keluarga Zenfone 3 Sekitar Bulan Ogos 2016 ini.

Asus Zenfone 3

Zenfone 3 hadir Dengan Skrin Bersaiz 5.5-inci, cip pemprosesan Snapdragon 625, dan memori sehingga 4GB RAM. Ia menggunakan kamera belakang 16-megapixel dengan sokongan penstabilan imej optikal, serta kamera hadapan 8-megapixel.

Zenfone 3 Deluxe pula peranti berspesifikasi tinggi daripada Asus, Hadir Dengan Skrin bersaiz 5.7-inci, cip pemprosesan Snapdragon 820, memori sehingga 6GB RAM dan ruangan storan sehingga 256GB. Ia dilengkapi kamera belakang 23-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.

Zenfone 3 Ultra pula memfokuskan kepada mereka yang inginkan peranti bersaiz besar, hadir dengan skrin bersaiz 6.8-inci, cip Snapdragon 652, dan memori sehingga 4GB RAM.

Asus Zenfone 3

Pihak Asus Malaysia masih tidak berkongsi berkenaan harga jualan peranti ini untuk pasaran Malaysia. Mungkin kita akan ketahui mengenainya kelak pada bulan Ogos 2016.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Asus Zenfone 3 Dijangka Hadir Ke Pasaran Malaysia Sekitar Bulan Ogos 2016

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×