Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

MSI Melancarkan Backpack PC: Komputer Beg-Galas Untuk Realiti Maya

Acara Computex bakal berlangsung esok namun pada hari ini beberapa pengeluar telahpun mengadakan acaranya tersendiri. MSI telah mengadakan cara media untuk memperkenalkan produk permainan mereka, dan salah satu yang menjadi tumpuan utama adalah MSI Backpack PC, iaitu Komputer yang hadir dengan rekaan beg-galas, dan Boleh menjalankan fungsi Realiti-Maya (VR).

Sepertimana yang kita tahu, fungsi bagi menjalankan Realiti Maya memerlukan spesifikasi yang tinggi. Malah kebanyakan peranti realiti-maya yang ada sekarang ini membuatkan pergerakan pengguna terhad, dan terikat dengan komputer yang berspesifikasi tinggi. Dengan MSI Backpack PC, pengguna boleh menjalankan permainan dan kandungan VR tanpa mengorbankan kebebasan pergerakan. Ia juga boleh digunakan pada Oculus Rift dan juga HTC Vive.

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Extreme i7 yang telah dioptimasikan Untuk Kegunaan realiti-maya. Kad grafiknya pula menggunakan NVIDIA GTX 980 dan boleh beroperasi selama 1 jam setengah untuk kegunaan realiti maya. Dari Segi berat, ia dikatakan sekitar 4.5 kg dan komponennya boleh dinaiktaraf. Dari segi rekaan, ia dilihat tidak besar dan masih mengekalkan mobiliti pengguna.

Buat masa ini spesifikasi penuh komputer ini tidak didedahkan dan tiada sebarang maklumat mengenai harga diumumkan. Kami akan hadir dengan pandang pertama percubaan menggunakan peranti ini semasa demonstrasinya esok di Computex, Taiwan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

MSI Melancarkan Backpack PC: Komputer Beg-Galas Untuk Realiti Maya

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×