Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Google Text-To-Speech Talkback Dengan Sokongan Bahasa Malaysia Bakal Dibangunkan

Google Text-ToSpeech Talkback merupakan salah satu sokongan yang ditawarkan oleh Google untuk membolehkan teks di atas skrin dibacakan kepada anda. Buat masa ini, ia hanya menyokong beberapa bahasa sahaja, dan masih tiada Sokongan Bahasa Malaysia.

Perkara ini dijangka berubah tidak lama lagi, memandangkan kini pihak SKMM telah mula mencari pembangun untuk membangunkan Google Text-To-Speech Talkback dalam bahasa Malaysia.

Pihak Google sendiri telah mula menyokong sejumlah perkhidmatan mereka dalam bahasa Malaysia, termasuk kebolehan mengubah ucapan kepada teks.

Penawaran fungsi ini adalah salah satu usaha untuk memudahkan lagi pengguna yang mempunyai masalah penglihatan menggunakan peranti pintar – selain pada masa yang sama turut boleh digunakan untuk melayari laman web dan mengubahnya kepada bentuk podcast.

Pihak SKMM baru sahaja membuka penghantaran tender kepada pembangun, dan mungkin ia akan mengambil tempoh yang sedikit lama lagi sebelum diperkenalkan secara rasminya.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Google Text-To-Speech Talkback Dengan Sokongan Bahasa Malaysia Bakal Dibangunkan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×