Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Oppo A54 Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM599

Oppo kini hadir dengan penawaran sebuah lagi peranti baharu di bawah siri A untuk pengguna di Malaysia. Dikenali sebagai Oppo A54, ia merupakan kesinambungan daripada Oppo A53 yang dilancarkan tahun lalu.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya pada harga RM599 untuk variasi 4GB RAM + 64GB ROM. Sementara itu, Oppo A54 dalam versi 4GB RAM + 128GB ROM pula dijual pada harga RM699. Terdapat dua pilihan variasi warna menarik yang boleh dipilih – iaitu Black dan Blue.

Untuk spesifikasi khusus, Oppo A54 dilengkapi skrin bersaiz 6.51-inci dengan resolusi HD+. Seterusnya, ia juga menggunakan cip lapan teras dengan kelajuan mencecah 2.3GHz, memori 4GB RAM, storan sehingga 128GB dan bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W.

Tetapan kamera utama pula terdiri dengan sensor 13-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (bokeh) + 2-Megapixel (makro). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari sisi, pelindungan IPX4, antaramuka ColorOS 7.2 dan banyak lagi.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Oppo A54 Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM599

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×