Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Rekaan Antaramuka Twitter Spaces Untuk Web Diperlihatkan

Beberapa bulan lalu, Twitter telah mula memperkenalkan ciri perbualan audio beramai-ramai yang dinamakan Twitter Spaces untuk menandingi populariti Clubhouse yang pada waktu itu memperlihatkan populariti yang semakin meningkat.

Ciri Spaces kini sudahpun hadir untuk aplikasi Twitter pada platform Android dan iOS dan ia dilihat seperti pengguna Twitter pada platform PC/web telah diabaikan. Akan tetapi, ini tidak benar kerana terdapat beberapa ciapan yang memperlihatkan rekaan antaramuka Spaces untuk Twitter pada platform web.

Ciapan oleh Jane Wong memperlihatkan preview card untuk Twitter Spaces, yang seperti sedia maklum memang hadir dengan warna ungu cerun walaupun pada platform aplikasi mudah-alih.

Satu lagi siri ciapan daripada magusnn memperlihatkan pula bagaimanakan rupa ruang Spaces ini di platform web.

Rekaan Antaramuka Twitter Spaces ini nampaknya khusus untuk Twitter Web, walaupun pada pendapat kami, pengguna Twitter rata-ratanya menggunakan Tweetdeck berbanding dengan Twitter Web untuk melayari garis masa platform media sosial tersebut.

Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah Twitter akan memperkenalkan fungsi Spaces untuk platform web mereka.

Mencuba Twitter Spaces – Masih Awal Untuk Mencabar Clubhouse


This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Rekaan Antaramuka Twitter Spaces Untuk Web Diperlihatkan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×