Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pisau Cukur Ini Diperbuat Daripada Kertas Untuk Mengurangkan Sisa Plastik

Tidak semua Plastik akan dikitar semula. Ini ialah hakikat yang ramai di antara kita tidak sedari tentang industri kitar semula. Plastik yang nipis dieksport ke negara miskin oleh negara maju sehingga mengakibatkan lambakan sampah tidak terurai secara semula jadi. Oleh itu menghapuskan plastik ialah langkah terbaik untuk menyelesaikan isu plastik sekarang.

Antara produk plastik yang kerap dibuang ialah pisau cukup pakai-buang. Oleh itu firma Kai dari Jepun menghasilkan Paper Razor yang diperbuat hampir sepenuhnya dari kertas. Pengguna membeli Paper Razor yang dijual dalam pakej nipis. Sebelum digunakan, badan kertasnya perlu dilipat seperti origami. Bahagian pencukur masih lagi diperbuat daripada logam tetapi tubuh kertas diperbuat daripada bahan kalis air.

Paper Razor akan ditawarkan di Jepun pada harga 1100 Yen (~RM 41) untuk pek 5 pisau cukur untuk tempoh terhad pada 22 April hadapan sempena Hari Bumi.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Pisau Cukur Ini Diperbuat Daripada Kertas Untuk Mengurangkan Sisa Plastik

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×