Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sony Menjadualkan Acara Pengenalan Produk Xperia Baharu Pada 14 April 2021

Sony kini mengumumkan mereka Menjadualkan Acara Pengenalan Sony Xperia baharu pada 14 April 2021 kelak. Acara berkenaan bakal dianjurkan secara atas-talian, dan boleh ditonton orang ramai melalui saluran YouTube Sony Xperia.

Pihak Sony tidak menyatakan apakah yang bakal mereka umumkan. Namun, mengikut desas-desus, kita mungkin melihat peranti mercu tahunan  Xperia, iaitu Xperia 1 III, selain mungkin peranti berspesifikasi pertengahan seperti Xperia 10 III dan Xperia 5 III turut diperkenalkan.

Sony dijangka meneruskan penawaran panel 4K pada telefon mercu mereka, disamping hadir dengan kadar segar semula tinggi, dilengkapi Snapdragon 888 dan memori sehingga 16GB RAM.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 14 April ini unntuk melihat sendiri kejutan yang disediakan oleh pihak Sony.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Sony Menjadualkan Acara Pengenalan Produk Xperia Baharu Pada 14 April 2021

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×