Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

TSMC Dijangka Meningkatkan Harga Cip Pemprosesan Peranti Sebanyak 25 Peratus Pada Penghujung Tahun Ini

Taiwan Seminconductor Manufacturing Company merupakan syarikat pengilang Cip Pemprosesan paling penting di dunia sekarang kerana ia merupakan satu-satunya pengeluar yang mampu mengilang cip-cip pemprosesan menggunakan proses kecil 7 dan 5nm.

Syarikat tersebut juga baru-baru ini dilaporkan akan mempercepatkan pembangunan kilang dan peralatan untuk membangunkan cip bersaiz 4nm dan 3nm yang akan mula beroperasi tidak lama lagi. Cip-cip pemprosesan yang menggunakan proses baru ini dilaporkan sudahpun mula ditempah oleh syarikat-syarikat seperti Intel, Apple dan Qualcomm.

Sebelum ini kami pernah melaporkan bahawa bermula tahun ini, diskaun pembelian cip pemprosesan secara pukal akan berakhir, dan TSMC akan memperlihatkan kenaikan harga untuk cip-cip pemprosesan yang dikeluarkan mereka.

Terkini, sejumlah laporan mengatakan bahawa TSMC akan meningkatkan harga cip-cip pemprosesan mereka setinggi 25 peratus sekitar penghujung tahun ini, apabila syarikat-syarikat ini akan menandatangani kontrak baru untuk cip-cip pemprosesan baru.

Perkara ini dijangka kerana bukan sahaja permintaan untuk cip-cip pemprosesan yang semakin tinggi daripada pelbagai pihak, tetapi juga kerana TSMC sendiri akan membangunkan kilang cip pemprosesan baru di Amerika Syarikat yang akan memakan belanja $20 bilion.

Jika kenaikan harga ini benar, harga-harga peranti premium “mampu milik” yang kita lihat setakat ini nampaknya akan memperlihatkan peningkatan pada tahun hadapan, khususnya untuk peranti-peranti yang akan menggunakan cip pemprosesan dengan proses terbaru ini.

Masalah kekurangan bekalan cip pemprosesan ini dijangka akan berlarutan sehingga 2022 kelak, apabila pelbagai syarikat pembuat cip pemprosesan lain seperti Intel, Samsung dan sebagainya hadir dengan kilang pembuatan cip tambahan mereka juga.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

TSMC Dijangka Meningkatkan Harga Cip Pemprosesan Peranti Sebanyak 25 Peratus Pada Penghujung Tahun Ini

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×