Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

India Menawarkan $1 Bilion Kepada Syarikat Yang Membuka Kilang Cip Pemproses

Apa yang dapat kita lihat tahun lalu ialah syarikat mula memindahkan operasi mereka Keluar Dari China. Ini adalah kombinasi pandemik yang menunjukkan kelemahan mengeluarkan komponen hanya di satu tempat dan perang perdagangan dengan Amerika syarikat yang masih belum menunjukkan tanda akan berakhir. Negara yang paling mendapat impak positif ialah India.

Hari ini Perdana Menteri India, Narendra Modi mengumumkan insentif $1 bilion (~RM 4.15 bilion) kepada setiap syarikat yang membuka kilang fabrikasi cip di negara tersebut. Ini adalah sebahagian lagi dari inisiatif Made In India yang sebelum ini menawarkan potongan cukai pada kesemua peranti yang dikeluarkan di India.

Sekiranya ini berlaku masa depan India sebagai hab pengeluaran telefon pintar akan menjadi semakin cerah selepas Apple mula memindahkan pengeluaran keluar dari China dan kilang telefon terbesar dunia milik Samsung juga di negara tersebut. India mahu mempunyai kemampuan menghasilkan cip sendiri sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan pengintipan pada kelengkapan 5G dan kamera litar tertutup.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

India Menawarkan $1 Bilion Kepada Syarikat Yang Membuka Kilang Cip Pemproses

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×