Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Google Memudahkan Lagi Proses Memuat Turun Aplikasi Web “PWA” – Kini Dengan Tetingkap Muat Turun Tersendiri

PWA ataun aplikasi web progresif adalah alternatif kepada pengguna Android untuk memasang sesuatu aplikasi. Contohnya Google Photos, Google Drive dan banyak lagi, jika pengguna jarang menggunakannya atau hanya sekadar ingin menggunakan dalam, masa singkat – PWA adalah pilihan baik kerana saiz pemasangan kecil dan hanya sekadar aplikasi web dalam tetingkap tersendiri. Ia seakan anda membuka pelayar web dengan satu tab dan tetapkan untuk penggunaan skrin penuh.

Sebelum ini pemasangan adalah sedikit leceh, kerana perlu ke tetapan dan sebagainya. Malah ia bukan ciri yang mudah diingati. Dengan peranti yang semakin berkuasa, storan lebih besar, ciri ini tidak dinafikan akan mudah dilupakan. Oleh itu, ChromeDev kini memperkenalkan antaramuka muat turun tersendiri untuk pengguna memasang PWA pada peranti.

Jika dilihat pada imej yang dikongsi, PWA Twitter ini mempunyai butiran mengenai aplikasi, tangkapan layar dan juga butang untuk memasang. Ia seakan membuka Play Store pada tetingkap kecil. Ia lebih mudah digunakan dan lebih pantas untuk memasang.

Chrome turut menawarkan kaedah mengaktifkan kemaskini ini untuk semua yang berminat. Hanya layari laman web web.dev untuk melihat kaedah mengaktifkan antaramuka muat turun PWA ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Google Memudahkan Lagi Proses Memuat Turun Aplikasi Web “PWA” – Kini Dengan Tetingkap Muat Turun Tersendiri

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×