Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Mi 11 Ultra Adalah Peranti Pertama Xiaomi Dengan Perlindungan IP68

Peranti mercu Xiaomi sering menarik perhatian orang ramai. Ia menggunakan binaan premium, mempunyai prestasi hebat, kamera yang semakin baik serta yang paling penting harga jualan yang kompetitif. Tetapi biasalah, setiap yang mampu milik akan ada pengorbanan untuk membezakannya dengan jenama lain yang lebih premium.

Pada Xiaomi antaranya adalah MIUI yang penuh dengan iklan. Tetapi satu ciri yang sudah diminta ramai sejak dari dulu lagi adalah perlindungan air dan debu yang lebih bagus. Kebanyakan peranti Xiaomi hanya IP53 untuk perlindungan dari percikan sahaja. Mi 11 sudah hampir sempurna dengan cip Snapdragon 888, kamera 108MP, pengecasan pantas 55W berwayar, 55W nirwayar dan banyak lagi. Tetapi tiada IP68. Terkini, Xiaomi telah mengesahkan yang Xiaomi Mi 11 Ultra akan hadir dengan sokongan perlindungan IP68. Peranti ini boleh bertahan di dalam air sedalam 1.5 meter selama 30 minit.

Adakah ini bermakna kelak secara berperingkat Xiaomi akan mula menyertakan sokongan ini pada semua model dan variasi? Atau hanya terhad kepada versi Ultra sahaja? Mi 11 Ultra juga akan menggunakan teknologi bateri baharu yang menjamin kesihatan bateri serta pengecasan yang lebih efisien tanpa isu memanas. Apa-apa pun, akhirnya Xiaomi sertakan ciri ini. Kini hanya menantikan MIUI 12.5 yang dikatakan kurang aplikasi gendut, lebih mudah kawalan iklan serta notifikasi yang lebih baik. Sama-sama kita nantikan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Mi 11 Ultra Adalah Peranti Pertama Xiaomi Dengan Perlindungan IP68

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×