Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Xiaomi Mengesahkan Mempunyai Perancangan Untuk Realiti-Maya, AR Dan Dron

Xiaomi merupakan salah satu syarikat teknologi dari China yang memfokuskan kepada pengeluaran pelbagai produk pintar dan berhubung. Mereka telah hadir dengan pelbagai peranti menarik – sama ada melalui syarikat mereka sendiri, ataupun melalui syarikat yang dilabur oleh mereka. Namun, sehingga kini, mereka tidak mempunyai sebarang produk memfokuskan realiti-maya ataupun dron.

Bercakap mengenainya, Xiaomi mengatakan mereka mempunyai perancangan untuknya dan bakal hadir dengan produk memfokuskan arena realiti-maya, Augmented Reality dan juga dron tidak lama lagi.

Tiada sebarang tarikh diberikan Buat Masa Ini, tetapi kita mungkin akan dapat melihatnya sama ada pada tahun ini atau tahun 2017 kelak.

Xiaomi sendiri telah hadir dengan ekosistem mereka tersendiri dinamakan Mi Ecosystem. Beberapa produk telah diperkenalkan dibawahnya, dan tidak mustahil peranti seperti realiti-maya dan dron turut akan hadir dibawah ekosistem sama.

Pada masa yang sama, melalui sebuah temuramah khusus, Xiaomi turut mengatakan mereka tidak mempunyai sebarang perancangan untuk kereta mereka tersendiri buat masa ini – sebaliknya lebih memfokuskan kepada kenderaan jarak dekat, seperti Ninebot yang telah diumumkan oleh mereka sebelum ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Xiaomi Mengesahkan Mempunyai Perancangan Untuk Realiti-Maya, AR Dan Dron

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×