Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

AMD Memperlihatkan Rekaan Kad Grafik AMD Radeon RX 6000

AMD akan memperkenalkan siri CPU dan Kad Grafik terbaru mereka di dua acara berbeza pada bulan hadapan. Buat masa ini, tidak banyak yang diketahui mengenai kedua-dua komponen ini, kecuali butiran-butiran umum.

Terkini, sebulan sebelum acara pengumuman AMD Radeon, mereka telah memperlihatkan rupabentuk kad Grafik AMD Radeon RX 6000 tersebut secara rasmi.

Rekaan Kad Grafik Ini berkemungkinan adalah model kad grafik paling berkuasa dalam siri ini, yang mungkin dinamakan AMD Radeon RX 6900XT. Menariknya, tidak seperti rekaan-rekaan kad sebelum ini, ia tidak menggunakan sistem penyejukan kipas peniup, dan menggunakan tiga buah kipas untuk menyejukkan komponen-komponen didalamnya.

Dari segi palam, kad grafik ini dilihat hadir dengan dua palam kuasa 8-pin PCIe yang boleh memakan kuasa sebanyak 375W. Dari segi palam I/O pula, kad grafik ini hadir dengan satu palam HDMI, dua palam DisplayPort dan juga satu palam USB Type-C yang juga boleh digunakan untuk disambungkan kepada paparan yang menggunakan palam USB tersebut.

Jika anda ingin melihat pengolokan kad grafik ini dengan lebih dekat, AMD telah membina sebuah peta didalam permainan Fortnite dimana anda boleh melihat sendiri setiap sudut produk terbaru keluaran AMD ini.

Adakah kad grafik terbaru AMD ini boleh menandingi keluaran terbaru NVIDIA? Sama-sama kita tunggu pengumuman AMD pada bulan hadapan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

AMD Memperlihatkan Rekaan Kad Grafik AMD Radeon RX 6000

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×