Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

(Ura-Ura) Sejumlah Peranti Galaxy A Juga Mungkin Menerima Kemaskini Sistem Operasi Selama 3 Tahun

Ketika pelancaran Siri Samsung Galaxy Note20 tempoh hari, Samsung telah mengumumkan bahawa barisan peranti mercu mereka akan menerima Kemaskini Sistem Operasi sehingga selama tiga tahun. Ia termasuklah siri Samsung Galaxy S, Samsung Galaxy Note dan juga Samsung Galaxy Z.

Ramai yang memandang positif dengan perkara ini kerana ia adalah peningkatan lebih baik berbanding kemaskini sebelum ini. Dalam pada itu, bagi menambah keterujaan ramai kali ini terdapat pula desas-desus yang mendakwa sejumlah peranti di Bawah Siri Galaxy A turut sama mungkin menerima manfaat ini.

Laporan yang memetik beberapa sumber berkata, perkara ini sebenarnya masih lagi dalam kajian tambahan dan syarikat mungkin akan mengumumkan polisi naik-taraf sistem operasi (OS) untuk sejumlah peranti di bawah siri Galaxy A ini selepas menyemak spesifikasi perkakasan untuknya.

Bagaimanapun, perlu diingatkan maklumat dikongsi ini masih lagi diperingkat ura-ura dan belum diketahui mengenai kesahihannya. Tapi jika ianya benar, kita boleh kata Samsung sememangnya ingin terus-menerus berikan yang terbaik buat pengguna tanpa mengira jenis model.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

(Ura-Ura) Sejumlah Peranti Galaxy A Juga Mungkin Menerima Kemaskini Sistem Operasi Selama 3 Tahun

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×