Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Realme C12 Kini Rasmi – Hadir Dengan Bateri 6000mAh, Dan Tri Kamera Belakang

Realme hari ini telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar mampu-milik dibawah siri Realme C, iaitu Realme C12. Pengenalan peranti ini hadir selepas pengenalan Realme C11 dan juga Realme C15 baru-baru ini.

Realme C12 hadir dengan skrin 6.5-inci dengan resolusi HD+, dijana cip MediaTek Helio G35, memori 3GB RAM, dan storan 32GB.

Telefon pintar ini dilengkapi tri-kamera belakang gabungan 13MP + 2MP + 2MP, selain kamera swafoto 5-megapixel. Ia turut dilengkapi bateri 6000mAh, dengan pengecasan 10W.

Realme C12 turut hadir dengan bicu audio 3.5mm, selain radio FM, dan pengimbas cap jari pada bahagian belakang. Ia juga turut menyertakan sokongan kalis percikkan air.

Perbezaan antara Realme C15 dan juga Realme C12 boleh dilihat pada bahagian kamera. Realme C15 hadir dengan kamera swafoto 8-megapixel, selain empat kamera belakang.

Penawaran lain adalah lebih kurang sama, dengan perbezaan pada bahagian memori dan storan.

Realme dijangka membawa masuk peranti ini ke pasaran tempatan tidak lama lagi.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Realme C12 Kini Rasmi – Hadir Dengan Bateri 6000mAh, Dan Tri Kamera Belakang

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×