Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Imej Pengolokan Rasmi Microsoft Surface Duo Dan Video Acah Pertama Diterbitkan

Microsoft Surface Duo diperlihatkan tahun lalu dengan sasaran ia akan dilancarkan pada penghujung 2020. Dengan tarikh pelancaran yang kini semakin hampir, pelbagai imej serta video mengenai peranti dwi-skrin boleh lipat ini mula muncul di arena web. Hari ini Panos Panay,  ketua eksekutif produk Microsoft memuat naik video acah Surface Duo yang menunjukkan bagaimana engsel peranti berfungsi. Engsel ini membenarkan skrin berputar 360 darjah seakan yang ditemui pada komputer riba Lenovo Yoga.

Pada ini juga akaun @SamsungBloat meniriskan beberapa imej pengolokan peranti lengkap dengan stylus yang tidak diumumkan sebelum ini. Tidak seperti Galaxy Note, stylus  untuk Surface Duo adalah lebih besar dan tebal serta tidak mempunyai dermaga simpanan khas pada tubuh peranti. Tetapi dengan tubuh yang rata bolehlah diramalkan stylus ini boleh dilekatkan pada Surface Duo menggunakan magnet.

Turut dapat dilihat ialah kerangka yang sekadar memberikan pelindungan kepada bingkai. Tiada langsung pelindungan untuk panel belakang yang diperbuat logam. Pada bahagian sisi pula dapat dilihat pengimbas cap jari. Akhir sekali pengecas dengan sambungan USB-C turut tertiris. @SamsungBloat turut mendakwa harga jualannya kelak adalah $2400 (~RM5878) sebuah.

Microsoft masih belum mengumumkan tarikh pelancaran peranti ini tetapi sejak dua minggu kebelakangan ini imej produk mula dimuat naik oleh kepimpinan tertinggi Microsoft dan Google. Jelas ia petanda pelancarannya hanya menanti masa sahaja.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Imej Pengolokan Rasmi Microsoft Surface Duo Dan Video Acah Pertama Diterbitkan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×