Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Samsung Galaxy Note20 Mungkin Menggunakan Pemproses Exynos 990

Seperti kebiasaan, trend barisan peranti mercu Samsung akan hadir dalam dua varian cip pemproses iaitu Snapdragon dan Exynos. Penawarannya pula mengikut pada pasaran masing-masing.

Terbaharu, terdapat desas-desus mengatakan siri Galaxy Note20 mungkin dilengkapi dengan pemproses Exynos 990. Ini sekaligus, seakan-akan menyangkal beberapa dakwaan sebelum ini yang mengatakan siri Samsung Galaxy Note20 akan menggunakan pemproses Exynos 992.

Exynos 990

Hal ini mungkin sedikit mengecewakan kerana cip Exynos 990 merupakan pemproses yang sama digunakan pada siri Samsung Galaxy Note20 sebelum ini. Cip Exynos 990 bahkan tidak dapat menandingi prestasi pemproses Snapdragon 865 terutamanya dari segi GPU.

Dalam pada itu, terdapat juga desas-desus mengatakan Samsung Galaxy Z Fold 2 tidak akan diperkenalkan seiring dengan siri Samsung Galaxy Note20. Namun begitu, maklumat dikongsi masih di peringkat ura-ura dan belum diketahui kesahihannya. Segala-galanya akan terbongkar pada 5 Ogos ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Samsung Galaxy Note20 Mungkin Menggunakan Pemproses Exynos 990

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×