Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apple Menasihatkan Jangan Tutup MacBook Dengan Pelindung Webcam Terpasang

Masalah privasi merupakan salah satu perkara yang dibincangkan dengan hangat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Perkara ini sekaligus membuatkan sejumlah pengguna turut memasang penutup kamera (webcam) pada komputer riba masing-masing – untuk mengelak sebarang perisian mengaktifkannya secara tiba-tiba tanpa kebenaran pengguna.

Malah, terdapat beberapa syarikat atau organisasi yang meminta pekerja mereka memasang penutup pada bahagian kamera di komputer riba.

Kini, menyentuh mengenainya, Apple Meminta Pengguna untuk tidak menutup atau merapatkan komputer riba Macbook apabila penutup kamera berkenaan dipasang. Apple meminta pengguna menanggalkannya terlebih dahulu sebelum menutup komputer riba mereka.

Apple mengatakan, sekiranya menutup Macbook dengan penutup berkenaan terpasang, ia mungkin merosakkan skrin komputer riba – kerana rekaannya yang rapat dengan papan kekunci apabila ditutup.

Pada masa yang sama, Apple turut mengatakan, pemasangan penutup tersebut mungkin turut menganggu sensor ambient light, selain ciri seperti kecerahan skrin automatik dan True Tone dari beroperasi.

Macbook Webcam

Apple mengatakan pengguna boleh melihat kepada cahaya warna hijau yang dipaparkan apabila kamera aktif digunakan, selain mengawal aplikasi yang menggunakan kamera melalui bahagian tetapan System Preferences.

Apple mengatakan, sekiranya masih perlu memakai penutup berkenaan, pastikan ia tidak melebihi ketebalan 0.1mm, selain tidak meninggalkan kesan pelekat.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Apple Menasihatkan Jangan Tutup MacBook Dengan Pelindung Webcam Terpasang

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×