Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kelak, Anda Akan Melihat Lebih Banyak Iklan Di YouTube

YouTube merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video popular, dimana pelbagai video diterbitkan oleh ramai pengguna seluruh dunia di Youtube. Terbaru, YouTube mengumumkan sedikit perubahan pada bentuk paparan iklan, yang akan membawa kepada lebih banyak paparan iklan di YouTube.

Youtube sedia mempunyai beberapa format iklan, termasuk pada bahagian awal, penghujung dan juga pertengahan. Kebiasaannya, iklan pada pertengahan video hanya dipaparkan pada video yang Panjangnya Lebih Daripada 10 minit, namun perkara berkenaan kini dilihat berubah.

YouTube kini mengumumkan mereka akan mula memaparkan iklan pada bahagian pertengahan video untuk sebarang video yang panjangnya lebih daripada lapan minit – dan bukannya 10 minit seperti sebelum ini.

Semua video sedia ada yang panjangnya lebih 8 minit akan memaparkan iklan pada bahagian pertengahan ini secara automatik.

Apa pun, YouTube masih memberikan pilihan kepada penerbit kandungan untuk mematikannya secara manual melalui saluran masing-masing.

Perubahan ini akan mula aktif daripada penghujung bulan Julai 2020 ini. Seperti biasa, pengguna YouTube Premium tidak terkesan dengan perubahan ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Kelak, Anda Akan Melihat Lebih Banyak Iklan Di YouTube

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×