Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pra-tempah Fon Telinga Sony WF-XB700 Kini Dibuka Pada Harga RM549

Sony Malaysia baru membuka pra-tempah untuk Fon Telinga TWS terbaru mereka, iaitu Sony WF-XB700 yang hadir dengan harga lebih mampu milik berbanding dengan model seperti Sony WF-1000XM3.

Sama seperti fon telinga tersebut, rekaan Sony WF-XB700 ini adalah cukup padat sekali, dan hadir dengan dua pilihan warna, iaitu biru dan hitam.

Untuk memastikan muatan dalam telinga yang selesa, Fon Telinga Ini direka dengan struktur Ergonomic Tri-Hold yang memastikan tahanan yang kukuh tidak kira aktiviti yang anda sedang lakukan ketika menggunakan fon telanga WF-XB700 ini.

Fon telinga ini dilengkapi ciri-ciri seperti teknologi bass tambahan Extra BASS, ciri ketahanan air IPX4 dan juga jangkahayat bateri selama 18 jam dengan bekas pengecasan. Lebih menarik lagi, pengecasan selama 10 minit memberikan fon telinga ini jangkamasa penggunaan selama sejam.

Pra-tempah untuk fon telinga Sony WF-XB700 ini akan dibuka sehingga 14 Jun dan boleh didapati pada harga RM549 di laman web Sony Malaysia.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Pra-tempah Fon Telinga Sony WF-XB700 Kini Dibuka Pada Harga RM549

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×