Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kredit Dompet Digital RM50 Akan Diberikan Kepada Rakyat Malaysia – Dipadankan Dengan Baucar Diskaun RM50

Kerajaan hari ini telah mengumumkan program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), dimana sejumlah program dan bantuan telah diumumkan. Bersama-sama dengannya, kerajaan turut mengumumkan yang akan memberikan Kredit Dompet Digital sebanyak RM50 untuk rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, dan berpendapatan kurang RM100,000 setahun.

Menariknya, kredit ini akan dipadankan dengan penawaran baucar diskaun dan pulangan tunai bernilai RM50 bagi pembelian fizikal.

Langkah ini diperkenalkan dalam usaha mengalakkan lagi pembelian nirsentuh ketika berurusan dengan kedai fizikal – selari dengan era norma baharu yang mengalakkan pengurangan sentuhan fizikal ketika pembelian.

Sebelum ini, pada awal tahun 2020, kerajaan turut telah memberikan kredit sebanyak RM30 untuk setiap rakyat dalam usaha mengalakkan penggunaan Dompet Digital. Ketika itu, dompet digital Grab, Boost dan Touch n Go Digital telah terpilih.

Kerajaan dijangka menawarkan kredit RM50 ini bermula bulan Julai 2020 ini.

Dalam menjalani kehidupan norma baharu, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan pembayaran tanpa sentuh atau contactless payment. Untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan ini, melalui Program ePenjana yang bernilai RM750 juta, Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna. Ini akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet. Inisiatif ini yang akan bermula pada bulan Julai 2020 akan memanfaatkan 15 juta rakyat Malaysia.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Kredit Dompet Digital RM50 Akan Diberikan Kepada Rakyat Malaysia – Dipadankan Dengan Baucar Diskaun RM50

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×