Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Robot MediBot V1-U Dibangunkan UIA Bagi Membantu Doktor Merawat Pesakit Dari Jarak Jauh

Setiap hari Doktor dan jururawat berhadapan dengan bahawa ketika merawat pesakit Covid-19. Walaupun setakat ini  di Malaysia masih tiada kes Petugas Barisan Hadapan yang berjangkit wabak ini secara terus, di negara lain puluhan telah meninggal dunia ketika menjalan tugas. UIA telah memperlihatkan robot yang direka khusus untuk membantu doktor di wad sekaligus mengurangkan risiko jangkitan.

Roboy MediBot V1-U ini dibangunkan oleh Centre for Unmanned Technologies (CUTe) Universiti Islam Antarabangsa sebagai inisiatif menggunakan teknologi semasa untuk meringankan beban petugas barisan hadapan. Ia dilengkapi kamera infra merah (FLIR) yang boleh mengesan haba tubuh pesakit. Sekiranya suhu badan yang tinggi dikesan, ia akan memberikan amaran kepada doktor bahawa pesakit menunjukkan antara simptom Covid-19.

Selain itu terdapat skrin pada bahagian hadapan yang membolehkan pesakit berinteraksi dengan doktor menggunakan kamera web. MediBot-V1-U turut mempunyai kemampuan membasmi kuman menggunakan sinaran lampu ultra ungu C (UV-C) yang boleh memusnahkan DNA pada kuman,

Robot ini boleh dikawal menggunakan capaian Internet dan juga frekuensi radio. Dari apa yang dapat kami lihat pada laman Facebook CUTe, prototaip MediBot V1-U berjaya dihasilkan dalam masa sekitar seminggu. Ia kini sedang menjalani ujian di pusat perubatan UIA di Kuantan bagi mendapatkan maklum balas mengenai keberkesanannya di dunia sebenar.

Selain membangunkan robot ini, CUTe juga terlibat dalam menghasilkan pelindung muka menggunakan mesin cetakan 3D dan Aerosol Box.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Robot MediBot V1-U Dibangunkan UIA Bagi Membantu Doktor Merawat Pesakit Dari Jarak Jauh

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×