Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Firefox 75 Hadir Dengan Penambah-Baikkan Pada Bar Alamat

Sementara beberapa pelayar web lain mengalami sedikit kelewatan dalam pembangunan, pihak Mozilla memperlihatkan sebaliknya dan telah pun memperkenalkan Firefox 75 untuk pengguna desktop bersama beberapa pembaharuan baru.

Paling utama pada Firefox 75 terbaru ini adalah perubahan pada bar alamat. Kini ia membawakan rekaan yang lebih kemas, dan saiz yang lebih mudah untuk diakses – terutamanya pada skrin komputer bersaiz kecil. Selain itu, sokongan cadangan pada bar alamat juga telah ditambah baik untuk memudahkan pengguna mengakses dengan lebih pantas.

Disamping itu, Firefox 75 menyertakan sejumlah kemaskini sekuriti, dan memudahkan pengguna menerima kemaskini dengan lebih pantas dan efisien.

Bagi anda yang menggunakan Firefox, boleh mengemaskini pelayar web anda hari ini, dan menggunakan pelbagai sokongan web terbaru bersama dengannya.

Muat-Turun Firefox untuk desktop



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Firefox 75 Hadir Dengan Penambah-Baikkan Pada Bar Alamat

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×