Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Huawei Vision Smart TV X65 Dilancarkan – 65″ OLED, Kamera Pop-Naik & Kawalan Gestur Atas Udara

Tahun lepas Huawei Telah Melancarkan Televisyen pintar pertama mereka yang menjalankan Harmony OS. Walau bagaimanapun, mereka tidak menganggap ia sebagai sebuah televisyen – sebaliknya adalah sebuah skrin pintar bersaiz dan mempunyai fungsi seakan televisyen. Terkini, Huawei telah melancarkan televisyen “pertama” mereka – Huawei Vision Smart TV X65.

Televisyen ini menggunakan panel OLED bersaiz 65-inci dengan resolusi 4K. Binaannya dibina dengan rekaan nipis, 24.99cm sahaja. Ia dijana dengan cip pemprosesan buatan khas Honghu 898. Cip ini menggunakan teknologi sensor multi-saluran untuk melaras warna dan kelajuan paparan. Cip ini turut mampu melaras paparan mengikut keadaan cahaya agar kelihatan lebih natural dengan warna yang tajam dan mempunyai butiran yang jitu. Skrin televisyen ini turut diiktiraf oleh German TUV Rheinland, untuk kesihatan dan keselesaan mata pengguna. Pengiktirafan seperti ini kerap dilihat dalam telefon pintar, seperti Xiaomi.

Keunikan televisyen pintar ini datang dari kamera pop-naik 24MP sudut ultra lebar. Ia mempunyai cip HiSilicon dwi-NPU dengan kemampuan pengkomputeran 4T adi-kuasa. Ini bermakna kamera ini dikuasakan dengan sistem kecerdasan buatan. Ia juga berkebolehan membuat kawalan gestur atas udara.

Untuk audio ia menggunakan 14 pembesar suara terbina bawah skrin dengan saluran 5.1 untuk audio pintar 3D yang boleh melontarkan audio secara meluas. Ia turut akan mencipta medan audio spatial virtual untuk menghasilkan medan bunyi khas padan dengan keadaan sekeliling. Ini tidak mustahil kerana televisyen ini memancar gelombang bunyi ke sekeliling kawasan dan menerima maklum balas.

Harga jualan televisyen ini adalah RMB 24,999, iaitu sekitar RM15,381.

Huawei turut melancarkan sebuah lagi televisyen pintar, Huawei Vision Smart TV V55. Ia adalah televisyen dengan panel LCD bersaiz 55-inci, dijana dengan cip empat-teras Honghu 818 dan kamera pop-naik 1080p. Dua variasi diperkenalkan adalah V55i dengan memori 4/32 GB yang dijual pada harga RMB 3,799 (~RM2,337) dan V55i-A dengan memori 4/64 GB yang dijual pada harga RMB 3,999 (~RM2460). Kedua-dua ini adalah televisyen pintar mampu milik mereka yang boleh didapatkan di China pada 30 April kelak.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Huawei Vision Smart TV X65 Dilancarkan – 65″ OLED, Kamera Pop-Naik & Kawalan Gestur Atas Udara

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×