Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pengecas Pantas Nirwayar OPPO 40W AirVOOC Diperlihatkan Oleh WPC

Bulan lepas kami telah melaporkan yang Oppo dikatakan sudah bersedia untuk memasarkan produk dengan sokongan pengecasan nirwayar. Namun, sokongan ini tidak kelihatan pada siri Find X2 mereka. Sebaliknya dikatakan akan diperlihatkan pada Oppo Ace2 kelak, iaitu pengganti kepada Oppo Reno Ace. Nama Reno mungkin tidak lagi digunakan. Kita semua sedia maklum yang sistem pengecasan pantas Oppo adalah Super VOOC, tetapi untuk pengecasan nirwayar mereka – ia digelar AirVOOC.

Baru-baru ini Wireless Power Consortium telah memperlihatkan pengecas nirwayar pantas baharu Oppo ini. Ia adalah Oppo 40W AirVOOC. Mempunyai kuasa input sehingga 65W dengan kuasa output maksima 40W. Pengecas ini juga menggunakan rekaan yang janggal sekali. Ia amat berbeza dengan mana-mana pengecas nirwayar yang berada di pasaran. Di bahagian atas ada ruangan yang jelas sekali adalah tempat meletakkan peranti. Di sebelahnya adalah seakan butang kuasa atau mungkin juga lampu LED? Bahagian bawah kelihatan kekisi-kekisi untuk udara panas keluar, silikon untuk cengkam dan ruangan untuk kabel – mungkin USB-C.

Bentuk yang aneh ini adalah seakan peranti atau alat dari filem-filem fantasi atau sains fiksyen seperti Men In Black, filem-filem perisikan atau futuristik. Disebabkan OnePlus akan melancarkan Warp Charge 30 Wireless, jelas di sini teknologi pengecasan pantas nirwayar 30W diberikan kepada OnePlus dan Oppo akan terus menggunakan yang lebih berkuasa – 40W.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Pengecas Pantas Nirwayar OPPO 40W AirVOOC Diperlihatkan Oleh WPC

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×