Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LG Mengumumkan LG K61, K51S & K41S – Siri Peranti Kelas Pertengahan Dengan Kamera Hebat

Tahun ini, Samsung memulakan “hidup” mereka untuk dekad baharu ini dengan empat telefon pintar. Ia Adalah Galaxy A51, A71, Note 10 Lite dan juga S10 Lite. Siri Galaxy A adalah yang paling menarik, kerana ia menawarkan spesifikasi yang agak hebat dalam pakej yang premium dan kamera yang memuaskan. Terkini, LG telah mengumumkan tiga peranti baharu yang dikatakan untuk bersaing dengan siri Galaxy A dari Samsung.

Peranti-peranti yang LG umumkan adalah LG K61, K51S dan K41S. Menurut LG, peranti-peranti ini memfokuskan pengalaman penggunaan premium dengan kelebihan kepada fungsi-fungsi multimedia, harga lebih mampu milik, dan banyak memuatkan ciri-ciri dari peranti mercu LG. Peranti pertama adalah K61, ia menggunakan skrin 6.5″ bernisbah 19.5:9 dengan resolusi FHD+. Ia dijana dengan cip pemprosesan 2.3GHz, memori 4GB RAM, storan dalaman sehingga 128GB, bateri berkapasiti 4000mAh melalui USB-C dan penggunaan kuad-kamera. Lensa pada kamera utama adalah 48MP + 8MP Sudut Ultra Lebar + 2MP lensa makro + 5MP lensa kedalaman dan 16MP kamera swafoto.

Peranti seterusnya adalah K51S dengan saiz skrin yang sama, tetapi nisbah lebih tinggi dan resolusi lebih rendah, iaitu 6.5″, 20:9, HD+, cip pemprosesan lapan teras, memori 3GB RAM dan storan dalaman hanya 64GB. Bateri adalah 4000mAH, dengan kamera utama kuad-kamera melalui lensa 32MP + 5MP sudut ultra lebar + 2MP lensa makro + 2MP lensa kedalaman. Kamera swafoto pula adalah 13MP.

Akhir sekali adalah K41S. Ia adalah kelas permulaan dengan skrin yang sama dengan K51S. Memori adalah terhad kepada 3GB RAM dengan storan dalaman 32GB yang dijana dengan cip 2GHz lapan-teras. Kamera kekal kuad-kamera dengan lensa 13MP + 5MP sudut ultra lebar + 2MP lensa makro + 2MP lensa kedalaman. Untuk kamera swafoto ia menggunakan lensa 8MP dengan saiz bateri yang sama iaitu 4000mAh.

Ciri dan fungsi peranti mercu lain yang LG bawakan kepada tiga-tiga peranti ini adalah butang seru Google Assistant, bahan binaan yang diiktiraf untuk penggunaan askar MIL-STD 810G dan sistem audio hebat DTS: X 3D Surround Sound. Tiada informasi harga dan bila ia akan mula dijual. Tetapi kami yakin, ia tidak akan hadir ke pasaran tempatan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

LG Mengumumkan LG K61, K51S & K41S – Siri Peranti Kelas Pertengahan Dengan Kamera Hebat

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×