Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Samsung Memperkenalkan Monitor Permainan 240Hz Dengan Sokongan G-Sync Pada Harga RM1699

Samsung Malaysia kini telah membawa masuk satu lagi Monitor baru untuk pengguna tempatan, iaitu CRG5 Gaming Monitor. Ia hadir dengan rekaan panel melengkung, berskrin 27-inci, dan dilengkapi dengan sokongan kadar segar semula mencapai 240Hz.

Dengan kadar segar semula yang sangat tinggi, ia sekaligus menawarkan pengalaman permainan yang menarik – terutamanya untuk permainan berbentuk aksi dan tembak-menembak yang pantas. Monitor ini juga turut hadir dengan sokongan G-SYNC untuk pengalaman lebih lancar.

Disamping itu, monitor Samsung ini hadir dengan rekaan yang elegan dan moden, dan dilengkapi rekaan bingkai yang nipis.

Di Malaysia, Samsung CRG5 ditawarkan pada harga RM1699.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Samsung Memperkenalkan Monitor Permainan 240Hz Dengan Sokongan G-Sync Pada Harga RM1699

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×