Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

iQOO Pro 5G Disahkan Hadir Dengan Storan Berasaskan UFS3.0 – Akan Dilancarkan 22 Ogos Ini

iQOO adalah sub-jenama daripada Vivo, yang mana peranti-peranti Iqoo memfokuskan permua sepenuhnya. Peranti terkini daripada iQOO adalah iQOO Pro 5G, yang mana dijana dengan Snapdragon 855 Plus dan dipadankan dengan memori 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Kini, melalui Weibo iQOO telah mengesahkan tarikh pelancarannya. iQOO akan melancarkan Peranti Ini pada 22 Ogos 2019. Selain itu, iQOO turut mengesahkan yang peranti ini akan menggunakan storan berasaskan UFS3.0. Bagi yang kurang faham apakah itu UFS3.0, ia adalah ibarat SSD (storan yang pantas) untuk telefon pintar. iQOO berkongsi yang mana kepantasan storan dalaman mereka boleh mencapai sehingga 1567M/s.

Untuk RAM pula, iQOO memberitahu yang RAM yang digunakan adalah jenis LPDDR4X. Peranti ini akan dilancarkan di China terlebih dahulu dan tidak pasti sama ada penjual import akan menjualnya atau tidak. Ini kerana, peranti-peranti 5G di China sebelum ini hanya dijual melalui pelan kontrak oleh syarikat telekomunikasi di sana yang menyokong 5G sahaja. Sama-sama kita nantikan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

iQOO Pro 5G Disahkan Hadir Dengan Storan Berasaskan UFS3.0 – Akan Dilancarkan 22 Ogos Ini

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×