Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sudah 100 Juta Orang Menggunakan Aplikasi ‘Files by Google’ – Setiap Saat 8GB Dipadam

Aplikasi Files by Google adalah aplikasi pengurus storan dalaman peranti. Aplikasi ini mampu memadam fail-fail yang tidak digunakan, seperti fail kemaskini, cache aplikasi atau juga imej-imej yang sama yang dikesan. Aplikasi ini amat membantu ramai pengguna, kerana ia juga berfungsi sebagai aplikasi berkongsi fail melalui WiFi.

Kini, Files by Google telah mencapai 100 Juta pengguna. Menurut Google, sebanyak 8GB fail dipadam setiap saat – yang mana adalah serupa dengan 2200 gambar sesaat. Bersama-sama dengan sambutan 100 juta pengguna ini, Google turut mengedarkan dua fungsi baru dalam kemaskini baharu. Fungsi pertama adalah mod tema gelap, agar ia menjimatkan bateri peranti pengguna (skrin OLED). Kedua adalah fungsi memainkan fail media, seperti video atau muzik.

Kemaskini baharu ini sudah pun diedarkan, ia akan hadir kepada semua pengguna secara berperingkat bermula hari ini.

Muat Turun Files by Google Di Play Store



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Sudah 100 Juta Orang Menggunakan Aplikasi ‘Files by Google’ – Setiap Saat 8GB Dipadam

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×