Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

PERKESO Menjalankan Ops Patuh Untuk Mendaftar Pemandu Seru-Pandu Dibawah Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri

Kementerian Pengangkutan memberikan para pemandu seru-pandu tiga bulan tambahan untuk mendapatkan lesen PSV yang diperlukan untuk mereka memandu secara sah.

Terkini, PERKESO dikatakan sedang menjalankan Ops Patuh untuk memastikan para pemandu ini mendaftar dibawah Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri untuk memastikan mereka mencarum wang untuk detik-detik waktu dimana mereka memerlukan simpanan tersebut untuk pelbagai kecelakaan yang mungkin akan menimpa mereka.

Menurut laporan The Star, PERKESO menghantar 400 daripada pegawai-pegawai mereka yang menyamar sebagai penumpang seru-pandu yang biasa, dan akan menanyakan pemandu-pemandu ini jika mereka sudahpun mendaftar dibawah skim tersebut.

Jika pemandu tersebut belum mendaftar dibawah caruman tersebut, mereka akan diberi masa seminggu untuk berbuat demikian, dan jika mereka masih belum mendaftar selepas tempoh tersebut, mereka boleh dikenakan saman sebanyak RM1000.

Menurut PERKESO, buat masa ini, hanya 35737 daripada 350,000 pemandu seru-pandu di Malaysia telah berdaftar dibawah Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri walaupun ia telah diperkenalkan selama dua tahun yang lalu.

Caruman skim ini juga tidaklah mahal, dimana mereka yang bekerja dengan sendiri, tidak kira samada mereka pemandu perkhidmatan seru-pandu ataupun pekerja bebas (freelance) hanya perlu membayar RM13.10 sebulan untuk mendapatkan liputan insurans yang akan membantu mereka sekiranya mereka menghadapi kemalangan.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai caruman ini di laman web Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

PERKESO Menjalankan Ops Patuh Untuk Mendaftar Pemandu Seru-Pandu Dibawah Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×