Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Huawei Mate X Akan Dilancarkan Sebelum Oktober Menggunakan Android

Seperti Samsung Galaxy Fold. Huawei Mate X telah ditangguhkan jualannya bagi memastikan tiada masalah akan melanda pengguna yang membelinya kelak. Seperti Samsung, Huawei masih belum mengumumkan bilakan peranti dengan Skrin Boleh Lipat ini akan tiba di pasaran. Menurut laporan Techradar, besar kemungkinan Mate X akan dilancarkan sebelum bulan Oktober 2019.

Huawei Mate XIni adalah selepas menemuramah Vincent Pang yang merupakan presiden Huawei rantau Eropah Barat. Menurut beliau Mate X tidak akan dilancarkan selepas bulan Oktober. Berita baik di sini ialah ia akan menggunakan sistem operasi Android dan bukannya HongMeng OS seperti yang diramalkan sesetengah pihak.

Mate X akan ditawarkan di kesemua negara yang sudahpun mempunyai rangkaian 5G kecuali Amerika Syarikat. Peranti sedang menjalani pelbagai ujian rahsia bagi menguji ketahanan skrin boleh lipat bagi mengelakkan ia turut mengalami masalah seperti Galaxy Fold.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Huawei Mate X Akan Dilancarkan Sebelum Oktober Menggunakan Android

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×