Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Huawei Nova 5 Pro Dilancarkan Dengan Cip Kirin 980 Dan Empat Kamera Utama

Sebentar tadi Huawei Nova 5 Pro telah dilancarkan di China dan merupakan sebuah lagi peranti keluaran mereka dengan cip mercu Kirin 980. Sebelum ia telah digunakan pada Mate 20 Pro, P30 Pro dan Honor 20 Pro. Perbezaan di antara ketiga-tiga peranti terletak pada spesifikasi kamera berbeza.

Huawei Nova 5 Pro dilengkapi skrin 6.39″ OLED FHD+, dijana cip Kirin 980, memori sebesar 8GB RAM, storan sehingga 256GB, kamera swafoto 32-Megapixel, kamera utama 48+16+2+2 Megapixel dan bateri sebesar 3500 mAh. Sistem pengecasan pantas 40W disokong menerusi port USB-C.

Sistem kamera pada peranti ini menggabungkan lensa sudut lebar, ultra sudut lebar, makro dan satu sensor TOF. Ini membolehkan ia melakukan kesan khas memisahkan latar belakang dengan objek secara masa nyata.

Keseluruhan bingkai diperbuat daripada logam manakala panel belakang diperbuat daripada kaca. Seperti P30 Pro dan Mate 20 Pro, Nova 5 Pro turut mempunyai sistem pengimbas cap jari terbina dalam skrin. Masih tiada sokongan untuk bicu audio 3.5mm tetapi penyesuai disertakan. Akhir sekali ialah penggunaan sistem operasi Android Pie dengan pelancar EMUI 9.1.1,

Di China Huawei Nova 5 Pro dijual pada harga RMB2999 (~RM 1812) untuk versi 8/128GB dan RMB 3399 (~RM 2055) untuk versi 8/256GB. Pilihan warna yang ditawarkan pula ialah ungu, hitam, hijau dan jingga.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Huawei Nova 5 Pro Dilancarkan Dengan Cip Kirin 980 Dan Empat Kamera Utama

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×