Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apple Dilaporkan Ingin Membeli Syarikat Swapandu, Drive.ai

Seperti beberapa syarikat teknologi lain, Apple turut telah dilaporkan beberapa kali sebelum ini yang mana mereka sedang membangunkan teknologi swapandu tersendiri. Malah, mereka turut telah menerima pengesahan daripada pihak berkuasa di Amerika Syarikat untuk menguji teknologi berkenaan.

Walaubagaimanapun, Apple masih tidak berkongsi secara rasmi berkaitan dengannya sehingga ke hari ini. Terbaru, laporan baru hadir mengatakan Apple ingin mengambil-alih sebuah syarikat memfokuskan teknologi swapandu, iaitu Drive.ai.

Drive.ai sedia memfokuskan kepada pembangunan dan kejuruteraan teknologi swapandu, dan mempunyai Sejumlah Jurutera Berpengalaman dibawah mereka. Buat masa ini, kedua-dua syarikat tidak mengesahkan lagi berkenaan pengambil-alihan ini. Dengan pengambil-alihan Drive.ai, ia mungkin memberikan Apple akses kepada sejumlah jurutera berpengalaman, sekaligus mengukuhkan lagi pembangunan teknologi swapandu mereka.

Bercakap mengenai pengambil-alihan sendiri, Tim Cook sebelum ini telah sedia mengatakan yang mana mereka aktif Membeli Syarikat Lain dalam memperkukuhkan teknologi mereka, dimana secara purata Apple membeli syarikat lain setiap dua ke tiga minggu sekali.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Apple Dilaporkan Ingin Membeli Syarikat Swapandu, Drive.ai

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×