Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Oppo F11 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 19 Mac 2019

Oppo Malaysia hari ini telah pun mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan Telefon Pintar terbaru dibawah siri-F, iaitu Oppo F11 Pro pada 19 Mac 2019 ini.

Oppo F11 Pro

Oppo F11 Pro hadir dengan fokus terhadap Kamera Swafoto periskop yang boleh dinaik dan diturunkan, penggunaan kamera 48-megapixel dibelakang, dan hadir dilengkapi dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0. Penggunaan kamera swafoto yang boleh disembunyikan juga turut menawarkan rekaan peranti dengan skrin menyeluruh tanpa sebarang takuk mahupun lubang pada skrin.

Oppo F11 Pro

Oppo F11 Pro

Dari segi spesifikasi, Oppo F11 Pro dengan skrin 6.53-inci ini dilengkapi cip MediaTek Helio P70, pilihan memori sehingga 6GB RAM dan storan sehingga 128GB.

Menariknya, pada tarikh sama juga, pihak Xiaomi menjadualkan pelancaran Redmi Note 7 untuk pasaran tempatan – dan akan menyaksikan kedua-dua jenama ini bersaing dalam mencuri perhatian pengguna untuk telefon pintar keluaran masing-masing.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Oppo F11 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 19 Mac 2019

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×