Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Xiaomi Mi 9 Bakal Hadir Dengan Sokongan Game Turbo – Termasuk Butang Google Assistant Yang Didedikasikan

Xiaomi telah sedia berkongsi sedikit demi sedikit ciri-ciri yang akan hadir pada Telefon Pintar mereka. Terkini, pengeluar dari China berkenaan turut mengumumkan yang mana Mi 9 bakal dilengkapi dengan sebuah butang fizikal khusus untuk memudahkan pengguna mengakses Google Assistant.

Xiaomi Mi 9

Melalui butang tersebut, pengguna hanya perlu tekan dan mengaktifkan pembantu maya Google, sekaligus bertanya pelbagai soalan dengan pantas melaluinya.

Selain daripada itu, Mi 9 juga akan menawarkan pengoptimasian khusus untuk permua, dinamakan Game Turbo. Melaluinya, ia akan mengoptimasikan penggunaan pemprosesan dan grafik untuk sesuatu permainan yang sedang berjalan – termasuk pengoptimasian dari segi penggunaan rangkaian ketika sesuatu permainan sedang berjalan bagi mengelak sebarang lengah masa.

Xiaomi Mi 9

Xiaomi bakal melancarkan telefon pintar Mi 9 secara rasminya pada 20 Februari ini, iaitu esok – dimana kita akan mendengar lanjut mengenai telefon pintar ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Xiaomi Mi 9 Bakal Hadir Dengan Sokongan Game Turbo – Termasuk Butang Google Assistant Yang Didedikasikan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×