Minggu ini menyaksikan beberapa peranti baru memasuki pasaran tempatan. Salah satu yang mencuri perhatian adalah Razer Phone 2 yang hadir dengan skrin pada kadar segar semula 120Hz, dan akan dijual pada harga RM3449 di Malaysia.
Selain Razer, pihak Huawei Kini Telah Mengumumkan penawaran Huawei Nova 4 untuk pasaran tempatan, dan akan dijual bermula bulan Februari kelak. Ia hadir dengan rekaan skrin berlubang, selain menggunakan tri-kamera pada bahagian belakang.
Oppo pada Minggu Ini Telah memperlihatkan teknologi kamera terbaru mereka dengan kemampuan zoom kamera sehingga 10x nirhilang.
Maybank pada minggu ini Telah Mengumumkan yang mana semua transaksi pada aplikasi Maybank akan memerlukan penggunaan Secure2U menggantikan SMS TAC bermula minggu akan datang ini.
Telekom Malaysia pula membuat kejutan dan meningkatkan kadar had kelajuan kepada 512kbps untuk pengguna Unifi Basic selepas kehabisan kuota 60GB yang ditawarkan.
Dan akhir sekali, Honor kini telah mengumumkan mereka akan mula menjual Honor View20 untuk pasaran tempatan bermula 26 Januari ini. Walaubagaimanapun, harga jualannya masih belum diumumkan buat masa ini.