Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pandang Pertama: Honor View20 – Peranti Skrin Berlubang Pertama Daripada Honor

Honor View20
Skrin 6.4” IPS LCD, FHD+
Nisbah 19.25:9, 398 ppi
Chipset HiSilicon Kirin 980
CPU 2 x Cortex-A76 2.6 GHz
2 x Cortex-A76 1.92 GHz
4 x Cortex-A55 1.8 GHz
GPU Mali-G76 MP10
Memori 6GB / 8GB RAM
Storan 128GB / 256GB UFS 2.1
Tiada slot mikroSD
Kamera Utama 48MP f/1.8 + ToF
Kamera Hadapan 25MP f/2.0
Sambungan WiFi 802.11 a/b/g/n/ac
Bluetooth 5.0, NFC
A-GPS, GLONASS
USB-C
Sistem EMUI 9
Android 9.0 Pie
Bateri 4000 mAh, pengecasan 22.5W
Dimensi 156.9 x 75.4 x 8.1 mm
Berat & Ketebalan 180g, 8.1 mm

Pada tahun lalu, kita menyaksikan banyak pengeluar memperlihatkan konsep mereka dalam mendapatkan sebuah Peranti dengan rekaan skrin penuh. Ada yang menghasilkan rekaan bertakuk, rekaan hadapan yang boleh diluncurkan, dan rekaan kamera hadapan yang boleh disorokkan. Tetapi apa yang menarik, ada pengeluar menghasilkan peranti dengan dwi-skrin bagi membolehkan skrin di bahagian belakang menggalas fungsi kamera hadapan.

Pada tahun 2019 ini, kita menyaksikan sebuah lagi konsep dalam usaha untuk penghasilan peranti berskrin penuh ini. Konsep ini dikenali sebagai rekaan berlubang bagi perletakkan kamera hadapan di bahagian sisi atas skrin. Rekaan ini walaupun agak sedikit pelik, namun ia dilihat lebih menarik dalam membolehkan saiz paparan pada peranti diperluaskan. Usaha ini telah diperlihatkan oleh Samsung Galaxy A8s dan kemudiannya turut hadir pada Honor View20.

Honor View20 adalah peranti penerus bagi peranti Honor View 10 yang telah dilancarkan pada awal tahun lalu. Melalui View20 ini, ia telah menerima penambahbaikan yang besar Seperti rekaan skrin berlubang, rekaan yang lebih menarik bersama cip pemprosesan yang lebih pantas. Peranti ini mempunyai keupayaan kamera yang ditambah baik selain mendatangkan sensor ToF yang cukup menarik. Ia masih belum dilancarkan di Malaysia, namun kami berpeluang untuk mencubanya terlebih dahulu.

Rekaan

Sebagai permulaan, Honor View20 didatangkan dengan spesifikasi tinggi, seperti kehadiran skrin 6.4-inci Full HD+ dengan panel IPS LCD, cip Kirin 980, pilihan memori 6GB / 8GB RAM, dan pilihan storan dalaman 128GB / 256GB UFS 2.1. Ia juga menawarkan beberapa sambungan standard seperti Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, Bluetooth 5.0, NFC, bersama kapasiti bateri 4000 mAh.

Dari segi rekaannya, ia hadir dengan binaan berasaskan kaca di bahagian belakang yang mana digarap dengan kemasan yang cukup unik. Apabila dipantulkan kepada cahaya, bahagian belakang ini seolah-solah menunjukkan bentuk “V” yang mana cukup menarik untuk dilihat. Cuma ia dilihat mudah memerangkap kesan cap jari seperti mana yang dialami pada peranti Honor 10 dan Honor 8X. Namun seperti biasa, Honor masih membekalkan aksesori silikon percuma dalam memberi perlindungan kepada peranti ini.

Untuk rekaan di bahagian sisi, ia menempatkan butang kuasa dan butang pelarasan suara di bahagian kanan, manakala slot dwi-sim ditempatkan di bahagian kiri. Tidak seperti Mi MIX 3, ia tidak menempatkan butang pembantu maya di sebelah kiri bagi memudahkan anda melancarkan Google Assistant. Namun perkara yang saya cukup suka, ia masih mengekalkan bicu audio 3.5mm dan IR blaster pada bahagian atas. Pada bahagian bawah, ia menempatkan pembesar suara mono dan sambungan terkini berasaskan USB-C.

Bergerak ke bahagian hadapan, antara perkara yang menjadi topik bualan kepada peranti ini semestinya rekaan berlubang pada bahagian sisi atas skrin. Rekaan dilihat agak sedikit pelik, namun ia tidak mengganggu sejumlah elemen antaramuka pada peranti ini. Namun saya dapati ia terdapat sedikit screen bleeding pada bulatan kamera hadapan ini apabila anda meneliti rekaan kamera ini. Seperti rekaan bertakuk, anda juga boleh menyorokkan rekaan berlubang ini dengan perletakkan bahagian berwarna hitam.

Dengan perletakkan kamera pada bahagian yang unik ini, Honor View20 berjaya mencapai nisbah screen-to-body ratio sekitar 85%. Cuma paparannya masih hadir dengan panel berasaskan IPS LCD, yang dilihat kurang menawan berbanding paparan AMOLED pada Honor Magic 2. Namun untuk harian, peranti dengan skrin sebesar 6.4-inci ini dilihat masih terang untuk kegunaan sosial dan tontonan multimedia.

Dari segi variasi, Honor View20 dikatakan bakal hadir dalam tiga variasi berbeza, iaitu 6GB RAM + 128GB, 8GB RAM + 128GB, dan 8GB RAM + 256GB. Ia juga menawarkan sejumlah pilihan warna menarik yang boleh dipilih oleh pengguna seperti Sea Blue, Phantom Blue, Red, dan Magic Night Black. Namun tidak seperti Honor View 10 sebelum ini, ia tidak lagi menawarkan slot kad mikroSD, sekaligus memerlukan anda bergantung kepada storan dalaman.

Sistem

Honor View20 telah dijana dengan antaramuka EMUI 9, iaitu iterasi antaramuka EMUI terkini yang dibina berasaskan sistem operasi Android 9.0 Pie. Antaramukanya masih kelihatan serupa seperti iterasi sebelum ini, namun ia telah menerima penambahbaikan untuk sejumlah elemen antaramuka pada EMUI ini. Ia kini kelihatan lebih moden dan lebih selari dengan rekaan yang ditawarkan pada Android 9.0 Pie. Paparan skrin utama masih tidak didatangkan dengan talam aplikasi secara terbina, namun anda boleh meletakan fungsi ini dengan mengaktifkannya pada halaman settings.

Apa yang menarik, Honor View20 turut menyokong EMUI Desktop, iaitu fungsi yang membolehkan peranti memaparkan mod desktop apabila disambungkan ke monitor. Untuk menggunakannya, pengguna hanya memerlukan kabel USB-C ke HDMI, dan menyambungkan telefon ini ke paparan luaran seperti monitor dan TV. Selepas penyambungan berjaya, paparan desktop akan dipaparkan, dengan antaramuka seumpama desktop Windows 10. Dengan penyertaan kamera ToF 3D, anda boleh bermain sejumlah permainan seperti Darts dan Snowboard dengan kawalan seumpama Kinect pada konsol Microsoft Xbox.

Prestasi

Dari segi prestasi, Honor View20 dijana dengan cip yang sama digunakan pada Huawei Mate 20 Pro, melalui penggunaan cip HiSilicon Kirin 980. Ia membawakan rekaan cip lapan-teras, menerusi 2 x Cortex-A76 2.6 GHz + 2 x Cortex-A76 1.92 GHz + 4 x Cortex-A55 1.8 GHz, bersama penggunaan GPU Mali-G76 MP10. Cip ini merupakan cip yang terpantas untuk siri HiSilicon setakat ini, dengan membolehkan pengguna memainkan sejumlah permainan terkini seperti Fornite dan PUBG Mobile pada tetapan grafik tertinggi.

Kamera

Dari segi penggambaran, Honor View20 membawakan sistem dwi-kamera, melalui padanan sensor utama 48MP Sony IMX586 (f/1.8, 1/2″, 0.8µmm) dan sensor ToF 3D untuk membantu penghasilan bokeh. Ia tidak didatangkan dengan sistem penstabilan optikal (OIS), namun ia memanfaatkan penggunaan sistem penstabilan berasaskan kecerdasan buatan (AIS) untuk mengurangkan kesan gegaran ketika melakukan penggambaran. Ia turut dilengkapi dengan lampu flash LED dan fungsi Night Mode untuk menerangi penggambaran malam.

Keupayaan kamera hadapannya hadir dengan sensor 25MP (f/2.0, 27mm) dengan penyertaan Beautify Mode untuk kebolehan pencantikkan wajah pada gambar. Ia juga menyertakan fungsi Portrait Mode dalam membolehkan kesan kabur dihasilkan pada bahagian belakang wajah. Untuk rakaman, kamera hadapan peranti ini mampu merakam video [email protected]



Dari segi fungsi, Honor View20 menawarkan rakaman video setinggi [email protected], dengan kebolehan rakaman gerak perlahan setinggi [email protected] Dengan fungsi Night Mode yang didatangkan, ia membolehkan penggambaran malap diterangkan seperti mana yang dilihat pada Huawei Mate 20 Pro. Fungsi Manual Mode juga turut tersedia, dengan menyajikan sejumlah kawalan manual seperti pertukaran ISO, fokus, white balance dan shutter speed.

Bateri

Dari segi bateri, Honor View20 membawakan kapasiti bateri yang dipertingkatkan, iaitu 4000 mAh berbanding 3750 mAh pada Honor View 10. Dengan penggunaan cip 7nm melalui cip Kirin 980 ini, ia dijangka dapat memberi penggunaan sekitar satu hari penuh atau dua hari dengan nyalaan skrin yang lama. Ia juga didatangkan dengan pengecasan pantas, bagi membolehkan anda mengecas peranti dalam masa singkat melalui pengecas 22.5W yang disediakan.

Rumusan

Honor View20 dilihat menyajikan penawaran yang hebat bukan sahaja dari segi luaran tetapi turut untuk aspek dalaman. Ia menampilkan skrin berlubang yang menarik bersama binaan kaca unik yang cukup menawan. Di dalamnya menyajikan spesifikasi berkuasa seperti kehadiran cip Kirin 980, pilihan memori 6GB / 8GB RAM, dan bateri berkapasiti 4000 mAh. Ia juga mengekalkan bicu audio 3.5mm, yang mana satu sambungan yang sering dikeluarkan pada peranti berspesifikasi tinggi.

Keupayaan kameranya juga ditambah baik dengan menampilkan sensor 48MP bersama sensor ToF untuk kebolehan penggambaran Portrait yang lebih baik. Ia menyajikan sejumlah mod yang kini lebih selari dengan Huawei Mate 20 Pro seperti sokongan AIS, Night Mode, dan Portrait Lighting dalam memberi keupayaan kamera yang lebih menyeluruh. Selain daripada kamera, ia juga kini menyokong EMUI Desktop, yang membolehkan anda memanfaatkan kamera ToF untuk memainkan permainan seumpama Kinect pada Xbox. Dengan penawaran yang ada, ia sebuah peranti yang padat dengan fungsi dalam satu pakej binaan yang anggun dan menawan.

Dari segi jualan, Honor View20 bakal memasuki pasaran tempatan pada 26 Januari ini selepas ia diperkenalkan untuk global secara rasmi pada satu acara pelancaran di Paris. Harganya masih tidak diketahui namun kami menjangkakan ia berada di atas harga Honor View 10 sewaktu dilancarkan (RM2099) untuk variasi permulaan. Di Malaysia, terdapat dua model Honor View20 yang akan ditawarkan iaitu 6GB RAM + 128GB dan 8GB RAM + 256GB.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Pandang Pertama: Honor View20 – Peranti Skrin Berlubang Pertama Daripada Honor

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×