Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Mingguan Amanz – OnePlus 6T 10GB RAM, Vivo NEX Dual-Display, Unifi Mobile RM19

Minggu ini menyaksikan sejumlah telefon pintar dilancarkan pada pasaran global, termasuk antaranya adalah Samsung Galaxy A8s yang hadir dengan rekaan skrin berlubang, OnePlus 6T dengan 10GB RAM, dan juga Vivo NEX yang hadir dengan sokongan dwi-skrin.

Pada masa yang sama, desas-desus baru hadir mengatakan Galaxy S10 mungkin dilancarkan sekitar 20 Februari 2019 kelak. Huawei Nova 4 dijangka diperkenalkan pada minggu hadapan, dimana ia dijangka turut menyertakan rekaan skrin berlubang padanya. Di China, Qualcomm memenangi injunksi untuk menghalang jualan sejumlah versi iPhone.

Di Malaysia, Asus Telah Mula menawarkan Asus Zenfone Max Pro (M2) untuk pasaran tempatan yang mana boleh didapati pada harga kurang RM1000.

Selain telefon pintar, Asus Turut Telah Mula memasarkan komputer riba Asus Zephyrus S untuk pasaran tempatan pada harga RM7999. Bercakap mengenai komputer riba, HP Spectre x360 terbaru turut telah mula dipasarkan di Malaysia pada harga bermula RM5249.

Huawei turut Telah Mula Memasarkan Huawei Y Max untuk pasaran tempatan yang menawarkan skrin besar dan bateri 5000mAh pada harga RM1299.

Telekom Malaysia pada minggu ini turut telah hadir dengan pelan Unifi Mobile baru yang menawarkan pelan pada harga serendah RM19 sebulan.

Akhir sekali, kini Google telah mula memaparkan waktu solat terus pada hasil carian mereka.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Mingguan Amanz – OnePlus 6T 10GB RAM, Vivo NEX Dual-Display, Unifi Mobile RM19

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×