Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

CIMB Clicks Menghadapi Masalah Sekuriti?

CIMB Clicks kini nampaknya mungkin Menghadapi Masalah Sekuriti, dimana para pengguna didapati boleh log masuk ke akaun perbankan Cimb Clicks mereka walaupun menggunakan kata laluan yang tidak tepat. Namun, pengguna mungkin tidak perlu bimbang berkenaan transaksi, memandangkan ia masih memerlukan kod TAC atau SecureTAC untuk pengesahan.

Kemaskini 1.40 pagi: Ada beberapa komentar mengatakan Cimb Clicks tidak mendaftar sebarang input kata laluan selepas aksara kelapan yang diperlukan untuk kata laluan. Kami masih menantikan maklumbalas pihak CIMB berkenaan insiden ini.

Pelbagai pengguna mula melaporkan mengenai hal ini sejak menyedari kemunculan integrasi “ReCaptcha” pada laman CIMB Clicks, yang mana telah dilaporkan oleh pihak Lowyat.net terlebih dahulu – yang seumpama memberikan petanda yang mana perkhidmatan perbankan berkenaan mungkin diserang bot atau sebagainya. Namun, pihak CIMB menerusi akaun sosial mengesahkan yang mana ia hanya sekadar untuk sekuriti tambahan sahaja.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

CIMB Clicks Menghadapi Masalah Sekuriti?

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×