Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Poster OnePlus 6T Edisi McLaren Tertiris – Menyokong Pengecasan Pantas ‘Warp Charge’

OnePlus 6T Edisi Mclaren adalah sebuah OnePlus 6T edisi khas. Ia akan menggunakan memori 10GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ia akan dilancarkan pada minggu hadapan, tetapi poster pemasarannya telah tertiris sedikit lebih awal. Melalui poster ini, ia menyatakan OnePlus 6T edisi McLaren ini mempunyai sokongan pengecasan pantas baharu – Warp Charge.

Nama ‘Warp Charge‘ sudah kedengaran dari beberapa bulan lepas. Selepas isu penggunaan nama Dash ditolak di Eropah. Warp Charge dikatakan akan mempunyai kuasa hampir sama dengan Oppo Super VOOC, iaitu 50W. Tetapi dalam poster ini, ia mengatakan – pengecasan 20 minit cukup untuk penggunaan satu hari.

Selain daripada ‘Warp Charge’, ia turut memperlihatkan warna yang unik. Dari gambar, ia adalah warna Midnight Black dengan kemasan gentian fiber seakan OnePlus 6 edisi Avengers dengan gabungan warna cerun hitam/jingga di sisi. Di panel belakang bahagian bawah, turut kelihatan penulisan ‘McLaren’. Warna baru ini digelar sebagai ‘Speed Orange‘. Sayang sekali, OnePlus 6T edisi McLaren ini masih lagi dijana dengan Snapdragon 845 dan bukannya Snapdragon 855 seperti spekulasi yang tersebar di arena web.

Apakah pendapat anda dengan OnePlus 6T edisi McLaren ini? Adakah anda akan cuba dapatkan kerana warna ‘Speed Orange’ atau sebab sistem pengecasan pantas baharu ‘Warp Charge’?



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Poster OnePlus 6T Edisi McLaren Tertiris – Menyokong Pengecasan Pantas ‘Warp Charge’

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×