Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Petua Dan Cara Mengambil Gambar Menggunakan Honor 8X

Kamera merupakan antara ciri yang sangat diambil berat oleh orang ramai sebelum membeli sebuah Telefon Pintar. Bagi telefon pintar Honor 8X, telefon pintar ini hadir dengan membawakan rekaan dwi-kamera utama gabungan sensor 20MP f/1.8 bersama 2MP selain kamera hadapan 16MP f/2.0. Kamera hadapan telefon pintar ini dilihat lebih baik berbanding kamera hadapan telefon pintar keluaran Honor yang lalu, Honor 7X yang dibina dengan sensor 8MP f/2.0.

Berikut merupakan sebab kenapa anda perlu memilih Honor 8X jika mencari telefon pintar berdasarkan keupayaan kamera.

1. Kamera Yang Dibantu Oleh Teknologi Artificial Intelligence

Teknologi Artificial Intelligence (AI) merupakan teknologi yang boleh dikatakan sudah biasa diletakkan pada telefon telefon pintar keluaran tahun ini. Honor juga turut tidak ketinggalan dalam menyertakan ciri ini pada kamera mereka. Ia sekaligus akan memudahkan anda untuk menghasilkan Gambar yang berkualiti.

Kamera Honor 8X ini juga membolehkan anda untuk membuat pengecaman objek sehingga 500 senario dalam 22 kategori. Hal ini boleh dilihat apabila anda ingin mengambil sesuatu gambar dimana satu ikon akan dipaparkan di skrin berdasarkan pengecaman objek yang dibuat oleh kamera, seperti manusia, haiwan, tumbuhan, kenderaan dan sebagainya.

2.  Teknologi AIS Dapat Menyelamatkan Gambar Anda Yang Kabur

Meskipun gambar yang dirakam dalam keadaan yang kurang stabil, teknologi Artificial Intelligence Stabilization (AIS) dapat menyelamatkan gambar anda daripada menjadi kabur. Sokongan AIS yang disertakan dapat mengurangkan kesan gegaran walaupun anda berada dalam posisi yang kurang stabil selama 6 saat.

Hal ini kerana teknologi AIS ini akan menganalisa kesan gegaran telefon seterusnya memilih dan menggabungkan beberapa frame yang berlainan untuk menghasilkan gambar yang baik tanpa kesan gegaran. Dengan bantuan teknologi AI ini juga, kamera Honor 8X membolehkan anda untuk menghasilkan gambar mod malam yang baik walaupun tidak menggunakan sebarang tripod.

3) Mempunyai Pelbagai Jenis Fungsi Merakam Gambar Yang Menarik

Selain Fungsi biasa yang terdapat pada semua kamera, telefon pintar Honor 8X ini juga hadir dengan pelbagai fungsi menarik dalam aplikasi kamera yang tersendiri. Untuk menggunakan fungsi ini anda hanya perlu menekan butang More pada aplikasi kamera dan terdapat 10 fungsi kesemuanya, antaranya adalah :

a) Night Shot

Honor 8X ini telah menambahkan sokongan Night Shot untuk penggambaran malam yang mana ciri ini dapat menghasilkan gambar yang cukup baik walaupun persekitaran sekeliling tidak mempunyai pencahayaan yang cukup. Gambar yang anda ambil juga tidak mempunyai hingar sekiranya anda menggunakan fungsi ini. Dengan ciri Night Shot ini, ia mampu menghasilkan gambar yang lebih terang melalui aperture yang lebih besar. Anda juga dapat menghasilkan mod malam yang baik walaupun tidak menggunakan sebarang tripod.

b) Pro

Fungsi Pro ini adalah satu ciri yang membolehkan anda untuk mengambil gambar seperti jurugambar professional. Hal ini kerana, apabila fungsi Pro ini diaktifkan, satu antaramuka yang memaparkan kadar ISO, Aperture dan sebagainya akan diperlihatkan pada skrin yang mana kesemuanya boleh diubah mengikut kehendak pengguna itu sendiri dalam menghasilkan gambar yang anda inginkan.

c) Slow-Mo

Walaupun telefon pintar ini dijual pada harga yang sangat mampu milik, namun ciri dan fungsi yang disertakan bersamanya adalah seakan sama dengan peranti kelas pertama. Hal ini kerana Honor 8X turut menyertakan fungsi rakaman slow mo pada kameranya yang mana buat masa ini hanya terdapat pada peranti-peranti kelas pertama sahaja.

Fungsi ini juga membolehkan anda untuk merakam video tanpa had masa pada kadar 120 fps atau 480fps. Anda juga boleh memilih mod automatik atau  manual dan mod slow-mo atau mod super slow-mo. Apabila anda memilih mod super slow-mo, anda akan menghasilkan rakaman video yang mempunyai gerakan yang lebih terperinci daripada rakaman video mod slow-mo yang biasa.

d) Panorama

Dengan merakam gambar menggunakan fungsi Panorama ini, anda boleh menghasilkan gambar yang lebar dimana anda boleh memuatkan pelbagai objek didalam satu gambar yang sama, samaada gambar rakan-rakan anda yang ramai ataupun gambar kawasan sekeliling.

e) AR Lens

Fungsi AR Lens yang terbina pada kamera Honor 8X ini dibina khas untuk anda yang sukakan selfie atau hiasan pada gambar seperti ciri ciri yang terdapat pada Snapchat, dan Instagram Story. Dengan adanya fungsi AR Lens ini, ia membolehkan anda untuk mengambil gambar swafoto dengan pelbagai hiasan pilihan dan mengubah latar belakang persekitaran anda. Fungsi ini bukan sahaja boleh digunakan untuk mengambil gambar, tetapi juga boleh digunakan untuk merakam video dengan mengubah latar belakang gambar.

f) Light Painting

Fungsi Light Painting ini juga membolehkan anda untuk menghasilkan gambar berdasarkan mod gambar yang dipilih, sama ada Traffic trails, Star Trails, Silky Water atau Light Graffiti yang membolehkan anda untuk menghasilkan lukisan pada gambar menggunakan cahaya lampu.

g) HDR

Bagi anda yang suka mengambil gambar juga, kamera Honor 8X ini mampu mengahsilkan kualiti gambar yang baik dengan mengaktifkan fungsi High Dinamic Range (HDR) mereka. Anda hanya perlu menekan butang More, dan pilih fungsi HDR. Apabila anda mengambil gambar menggunakan fungsi ini, kamera Honor 8X akan mengambilkan sudut gambar yang baik dan menggabungkannya menjadi satu gambar tanpa sebarang cela seperti efek backlight yang kuat. Fungsi ini juga telah dibantu dengan sokongan teknologi AI yang disertakan bersama kamera ini.

h) Time Lapse

Time Lapse merupakan satu video pendek yang menggabungkan pelbagai suasana dan pergerakan didalam satu video. Hasil daripada rakaman Time Lapse ini adalah satu video pendek yang memaparkan gerak geri persekitaran yang cepat.

i) Filter

Filter pula adalah fungsi yang dapat memberikan gambar yang diambil dihasilkan dengan efek warna  berdasarkan mod filter yang anda pilih. Antara filter yang terdapat padanya adalah Sentimental, Impact, ND, Valencia, Blue, Halo, Nostalgia, dan Dawn.

j) Watermark

Akhir sekali adalah fungsi Watermark yang mana apabila fungsi ini diaktifkan, ia akan memaparkan lokasi gambar diambil, suhu persekitaran, dan tarikh sesebuah rakaman diambil.


Selain hadir dengan fungsi kamera yang baik, telefon pintar Honor 8X ini juga hadir dengan membawakan rekaan skrin 6.5 inci bertakuk, dijana dengan cip pemprosesan Kirin 710, memori 4GB RAM bersama storan sebesar 128GB, bateri berkapasiti 3750mAh dan sokongan bicu audio 3.5 mm.

Jadi, sekiranya anda inginkan sebuah telefon pintar dengan ciri-ciri premium pada harga yang rendah, Honor 8X adalah salah satu pilihan telefon pintar yang terbaru yang patut anda miliki. Bagi anda yang berminat, telefon pintar ini boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga RM949 sahaja melalui laman rasmi Honor atau pengedar rasmi mereka.

Beli dari: Laman rasmi hihonor

Beli dari pengedar rasmi: Brightstar

Penafian: Advertorial Dari Honor Malaysia



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Petua Dan Cara Mengambil Gambar Menggunakan Honor 8X

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×